Amerika Memulakan Mobilisasi Untuk Memusnahkan Iran
Setelah Israel mengebom kawasan-kawasan strategik di Iran dan memusnahkan sistem pertahanan udara dan juga sistem peluru berpandunya, Amerika Syarikat dilihat mula mencatur untuk mengebom Iran.
Amerika Syarikat tidak pernah neutral dalam konflik-konflik dunia. Amerika Syarikat adalah negara demokrasi paling destruktif di dalam sejarah kemanusiaan. Setiap tahun, jutaan nyawa dimusnahkan, kanak-kanak dibunuh, negara dihancurkan, dan ketamadunan dihancurkan.
Perang yang dimulakan oleh Israel ke atas Iran pada 13 Jun 2025 bukan aksi unilateral Israel, tetapi merupakan sesuatu yang sudah dirancang puluhan tahun. Kita hanya melihatnya sekarang kerana ia sudah berada dalam fasa perlaksanaan. Mana-mana negara yang cuba merdeka dan tidak mahu mencium kaki Washington akan dimusnahkan. Selepas Russia, Iran, China adalah negara seterusnya.
Amerika Syarikat kini sudah mula memobilisasi angkatan tentera udara mereka ke Timur Tengah. Berdasarkan data-data OSINT, Tentera Udara Amerika Syarikat sudah mula memobilisasi 28 aircraft KC-135R dan KC-46A.[1] Pergerakan besar-besaran dan serentak ini menunjukkan Amerika Syarikat akan mula mengebom Iran secara intensif kerana anjing mereka iaitu Israel tidak mampu memusnahkan Iran secara bersendirian. Serangan Israel hanya serangan awal untuk membuka ruang udara Tehran kepada pengeboman intensif Amerika Syarikat.
Pemusatan asset-asset berat ini tidak hanya tertumpu kepada asset udara sahaja. Amerika Syarikat turut menggerakkan supercarrier mereka USS Nimitz dan keseluruhan armada serangan bersamanya ke Timur Tengah. Ini menunjukkan bahawa perang bakal melibatkan konflik di Selat Hormuz, kawasan laluan perdagangan kritikal dunia yang dikawal oleh Iran.
Mobilisasi besar-besaran ini munkin akan memperlihatkan juga penggunaan B2 Bomber yang akan cuba memusnahkan fasiliti nuklear bawah tanah Iran di Fordow. Disebabkan fasiliti ini ditanam jauh di bawah tanah, kemungkinan Amerika Syarikat perlu menggunakan bom berat mereka iaitu GBU-43/B yang digelar mother of all bombs (MOAB).
Penglibatan langsung dan terbuka Amerika Syarikat ini bukan hanya tertumpu kepada pergerakan asset-asset tentera berat yang dimiliki Amerika Syarikat. Ini juga dapat dilihat dari kenyataan presiden Amerika Syarikat, Donald trump yang mengarahkan rakyat Iran segera mengosongkan Tehran.[2] Menandakan kempen pengeboman bakal dilakukan bagi memusnahkan satu tamadun yang yang sangat kuno di dalam dunia iaitu Persian Civilization. Seperti mana Baghdad sebelum ini dimusnahkan bagi menghapuskan tamadun yang juga kuno iaitu Babylonian Civilization. Ternyata demokrasi merupakan satu kuasa yang destruktif memusnahkan dunia.
Trump juga telah meninggalkan perjumpaan G7 untuk mula memberi fokus kepada kempen menghancurkan Iran. Perang ini besar kemungkinan akan meneruskan pereputan sistem demokrasi di Amerika Syarikat. Trump telah diundi atas kempennya untuk menghentikan "endless war" kini memulakan perang baru. Ini telah menyebabkan penyokongnya dalam kalangan MAGA mula berpecah dengan sosok konservatif seperti Marjorie Greene dan Tucker Carlson kini menentang polisi agresif Trump secara terbuka. Perang ini juga akan menyaksikan krisis hutang Amerika Syarikat terus memburuk, perang adalah peburan yang tidak menguntungkan. Hutang Amerika Syarikat sekarang berjumlah 36 trillion USD, dan jumlah ini akan terus meningkat dengan taraf hidup yang akan semakin mundur.[3]
Walaupun Iran akan dimusnahkan. Namun aspirasi hegemoni Amerika Syarikat ini tidak akan berjaya. Bom-bom canggih Amerika Syarikat tidak akan berjaya menjadikan manusia mahu menyembah Washington. Ini boleh kita lihat di Afghanistan dimana Amerika Syarikat mengebom negara tersebut selama 20 tahun untuk mengalahkan Taliban. Selepas 20 tahun akhirnya Amerika Syarikat berundur dan Taliban menguasai semula Afghanistan dalam hanya beberapa jam.
Tidak dapat dinafikan demokrasi merupakan sistem paling destruktif yang mampu kita lihat hari ini. kekejaman dan kemusnahan yang dibawa demokrasi ini ada saya tulis dalam buku saya Demokrasisma: Masalah-Masalah Dalam Sistem Demokrasi terbitan Rabak-Lit.
[1] Tyler Rogoway. “Armada Of USAF Tankers Just Deployed East Over Atlantic Spurring Speculation (Updated)”. TWZ, 16 Jun 2025. Pautan: https://www.twz.com/air/armada-of-usaf-tankers-just-deployed-east-over-atlantic-spurring-speculation
[2] Lihat kenyataan Donald Trump pada 17 Jun 2025, pautan: https://www.facebook.com/photo?fbid=10095004827257568&set=a.184285524996264
[3] Data dari laman web Fiscal Data pada 19 Jun 2025. Pautan: https://fiscaldata.treasury.gov/americas-finance-guide/national-debt/#:~:text=The%20national%20debt%20($36.21,accumulated%20over%20the%20nation's%20history.&text=Updated%20daily%20from%20the%20Debt%20to%20the%20Penny%20dataset.