Buku Malam Dalam Aksara Yang Panjang merupakan sebuah kompedium esei yang ingin meraikan budaya pembacaan dan penulisan. Ia adalah sebuah naskah ringan yang ditulis bagi memberi pembaca satu pengalaman santai kepada mereka dalam meneroka alam aksara. Di dalam buku ini, penulis bukan sahaja menulis perihal proses pembacaan dan penulisan dalam bentuk teori, tetapi beliau turut merekodkan perjalanan-perjalanan realiti yang beliau lalui di alam aksara.
Naskah ini merupakan sambungan kepada buku Dua Sayap Ilmu. Ia sesuai menjadi peneman kepada pembaca di kala larut malam apabila para pembaca mahu berehat dengan dirawat oleh secawan kopi. Di dalam diskusi ini, Syed Ahmad Fathi berdiskusi dengan Amier Suhaimi perihal latar buku ini dan apakah perkara-perkara pokok yang ingin dicapai melalui penerbitannya.
Share this post