5 Comments

Menurut anda, apakah Syria akan menghadapi masalah dalam transisi kuasa seperti mana yang terjadi di negara-negara Arab lain yang mengalami kudeta?

Selain itu negara talam dua muka iaitu Amerika Syarikat dibawah administrasi Donald Trump sudah pun bersuara tentang sokongan terhadap kerajaan khususnya pemerintah baharu yang bakal dilantik kelak di Syria. Adakah ini berkemungkinan taktik mereka untuk lebih mendominasi dan melemahkan kedudukan strategik Rusia di rantau Afrika dan Timur Tengah?

Expand full comment

Bacaan saya, transisi kuasa ini akan berjalan dengan lebih baik berbanding dengan negara lain yang telah dihancurkan selepas Arab Spring, contohnya seperti di Libya. Pertama kerana kelihatan institusi politik di Syria masih lagi berfungsi dan tidak di tahap "total anarchy". Kedua, kerajaan transisi baru ini kelihatan tunduk pada hegemoni Turki dan Amerika Syarikat (AS). Turki adalah sebahagian dari NATO yang merupakan pakatan tentera yang diketuai Amerika Syarikat. Selagi mereka tunduk pada hegemoni AS, negara mereka akan mendapat bantuan ekonomi untuk pembangunan, juga bantuan politik dari institusi antarabangsa seperti United Nation (UN). Kedudukan strategik Russia nampaknya memang terjejas sekarang terutamanya di Syria kerana kerajaan baharu ini memang kelihatan pro-Amerika Syarikat. Boleh jadi pengkalan tentera laut Russia di Tartus bakal ditutup dan dipindahkan ke tempat lain.

Expand full comment

Terima kasih atas maklum balas, much appreciated.

Expand full comment

laju kome

Expand full comment

Dunia di hujung jari ni perlu dimanfaatkan sebaiknya bro.

Expand full comment